Bidaah/bid’ah/bidah/antibidaah

Bidaah/bid’ah/bidah/antibidaah (Sederhana dalam ibadah lebih baik daripada bersungguh-sungguh dalam bidaah)

Maslahat mursalah

Maslahat mursalah

Maksud:

Jalan-jalan untuk mencari dalil, bukan daripada pokok-pokok hukum.

Perbezaan maslahat mursalah dan bidaah

Maslahat marsalah

Bidaah

· Cara-cara atau jalan-jalan yang menyampaikan kepada yang ditujui

· Perbuatan-perbuatan yang dapat difikir ertinya, tujuannya dan dapat diterima oleh akal manusia dengan cepat

· Perbuatan-perbuatan atau perbuatan yang dimaksudkan

· Perbuatan yang diada-adakan beribadah

Soal ibadah tidak boleh difikirkan erti dan tujuannya dan tidak dapat diketahui dengan jelas tentang maksud yang sebenarnya.

Imam Haramain berkata:

“Pendirian Imam As-Syafie dan sebahagian besar sahabat Imam Abu Hanifah menetapkan hukum-hukum dengan maslahat mursalah dengan syarat mesti ada persesuaian dengan maslahat yang kebilangan yang diakui dan dipersetujui oleh seluruh para ahli usul.”

Contoh-contoh

Contoh 1

Pada masa Khalifah Abu Bakar r.a., para sahabat Nabi bermuafakat mengumpulkan ayat-ayat al-Quran menjadi sebuah mushaf sedang dalam al-Quran tiada satu pun nas yang menunjukkan supaya ayat-ayat al-Quran itu dikumpulkan dan dituliskannya. Pada suatu hari, Umar bin Al Khattab datang kepada Abu Bakar dan beliau memberitahunya bahawa para Qurra (para sahabat yang hafaz al-Quran) dari hari ke sehari berkurang kerana banyak yang meninggal dunia terutama ketika peperangan Yamamah dan beliau mengemukakan usul kepada Khalifah Abu Bakar supaya mengumpulkan ayat-ayat al-Quran yang masih berserak-serak tempatnya dan dibukukan menjadi sebuah mushaf kerana beliau bimbang jika ayat-ayat yang masih berserak-serak itu hilang dan tidak tertentu tempatnya.

Kemungkinan Umar mengadakan usul itu kepada Khalifah dan Khalifah Abu Bakar pun menerimanya dan sependapat dengan Umar dan ketika itu tiada seorang pun dari sahabat Nabi s.a.w yang membantah tindakan yang dilakukan oleh Khalifah Abu Bakar. Pada waktu itu, terhimpunlah ayat-ayat al-Quran dari tiap-tiap sahabat yang hafaz al-Quran dan dari tempat-tempat lain lalu dibukukan menjadi sebuah mushaf. Kemudian disimpan oleh khalifah Abu Bakar dan peninggalannya disimpan pula oleh khalifah Umar bin Al-Khattab dan kemudian disimpan oleh anaknya, Hafsah (isteri Nabi s.a.w). Oleh itu, tercatat dan terpeliharalah seluruh ayat-ayat al-Quran.

Memang pada zaman Rasulullah s.a.w. sendiri diperintahkan supaya menulis al-Quran untuk memeliharanya. Sudah tentu pengumpulannya menjadi mushaf tidak terlarang didasarkan atas maslahat.

Contoh 2

Pada suatu hari, Hudzaifah bin Al-Yaman datang kepada khalifah Uthman r.a. setelah melancarkan peperangan di Syam dan Iraq untuk mengalahkan Armenia dan Azerbaijan kerana beliau (Huzaifah) melihat berlakunya perselisihan bacaan al-Quran di antara kaum muslimin sendiri disebabkan perbezaan dialek-dialek mereka dalam membaca huruf. Huzaifah mengajukan permintaan kepada khalifah Uthman bahawa dengan perantaraan beliau perselisihan bacaan sebahagian ayat-ayat al-Quran itu hendaklah dihilangkan, keadaan yang menimbulkan perselisihan di antara kaum muslimin hendaklah diperbaiki segera supaya sampai kaum muslimin berselisihan mengenai kitab mereka sebagaimana keadaan kaum Yahudi dan Nasrani terhadap kitab pegangan mereka.

Khalifah Uthman pun menyuruh seseorang supaya datang kepada Hafsah dan mengambil mushaf yang ada padanya untuk disalin menjadi beberapa mushaf dan sesudah itu dikembalikan lagi kepadanya. Sesudah mushaf dari Hafsah diterima oleh khalifah Uthman, beliau pun menyuruh Zaid bin Thabit, Abdullah bin Zubair, Said bin ash dan Abdul Rahman bin Haris bin Hisyam untuk menyalin mushaf dari Hafsah tadi menjadi beberapa mushaf. Pimpinan yang diberikan oleh khalifah Uthman pada masa itu kepada mereka ialah kata beliau kepada golongan Quraisy:

“Apabila berlaku perselisihan tentang bacaan (qiraat) di antara kamu dengan Zaid bin Thabit (bukan Quraisy), maka hendaklah al-Quran itu ditulis menurut qiraat orang Quraisy kerana diturunkan dengan lisan Quraisy.”

Setelah selesai mereka melaksanakan tugas yang berat itu, mushaf tadi pun dikembalikan kepada Hafsah dan khalifah Uthman mengirimkan mushaf-mushaf yang baru disalin itu ke negara-negara Islam pada masa itu dan memerintahkan supaya mushaf yang lain dari yang telah ditulis oleh badan penyalin dibakar dengan tujuan agar tidak timbul perselisihan dalam soal bacaan.

Dengan tindakan khalifah Uthman yang tegas itu, maka terpeliharalah umat Islam dari segala perselisihan atau perbezaan qiraat tg boleh membawa mereka ke lembah perpecahan yang sesungguhnya dilarang oleh Islam.

Contoh 3

Imam Malik membolehkan hakim memenjarakan (menahan) orang yang tertuduh (berbuat kejahatan) untuk menanti keterangan yang jelas duduknya perkara meskipun orang yang ditahan itu merasa teraniaya dan tersiksa. Hal itu didasarkan ke atas maslahat mursalah.

Tinggalkan komen