Bidaah/bid’ah/bidah/antibidaah

Bidaah/bid’ah/bidah/antibidaah (Sederhana dalam ibadah lebih baik daripada bersungguh-sungguh dalam bidaah)

Amal sederhana

Posted by admin di 18 Julai 2008

Amal sederhana

“ Yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya.”

(Al Mulk 67:2)

“ Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya.

(Al Kahfi 18:7)

“ Dan Dia-lah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa dan adalah Arasy-Nya di atas air agar Dia menguji siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.

(Hud 11:7)

Dalil di atas menerangkan sesiapa yang lebih baik amalnya bukan sesiapa yang terbanyak amalnya. Bidaah itu banyak bukan baik. Kata Abdullah bin Mas’ud ra.:

“Sederhana di dalam sunnah itu lebih baik daripada bersungguh-sungguh dalam bidaah.”

“Allah tidak menghendaki menjadikan kesempitan atas kamu

(Al-Maidah:6)

“ Allah menghendaki kemudahan bagi kamu dan tidaklah Dia menghendaki kesukaran bagi kamu.”

(Al-Baqarah:185)

“Allah tidak membebani seseorang melainkan selapangnya.”

(Al-Baqarah:286)

Dari Abu Musa r.a. katanya: Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, manakah kelakuan dalam Islam yang dilakukan oleh seseorang Muslim yang lebih utama? “Baginda menjawab: “Iaitu orang Islam yang orang-orang Islam lainnya berasa selamat dari ucapan lisannya serta dari perbuatan tangannya baik yang berupa perbuatan tangan ataupun menggunakan kekuasaan yang ada padanya.

(H.R. Bukhari)

Dari Abdullah bin Amr r.a., bahwasanya seorang lelaki bertanya pada Nabi s.a.w.: Manakah kelakuan dalam Islam yang dilakukan oleh seseorang Muslim yang lebih baik? Baginda menjawab: Iaitu hendaklah kamu memberikan makanan serta mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan juga kepada orang yang tidak atau belum kamu kenal.

(H.R. Bukhari)

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w.:

“Sesungguhnya agama itu mudah dan tidak sekali-kali seseorang memperberatkan dirinya sendiri dalam melaksanakan agama itu melainkan akan dikalahkan oleh agama itu. Oleh sebab itu, berlaku luruslah dalam beragama itu serta berbuat benarlah. Selain itu, mohonlah pertolongan untuk mengerjakan syariat agama itu pada waktu pagi, petang dan sekadarnya pada waktu malam.”

(H.R. Bukhari)

“Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu………”

(Al-An’am:38)

Tinggalkan komen