Bidaah/bid’ah/bidah/antibidaah

Bidaah/bid’ah/bidah/antibidaah (Sederhana dalam ibadah lebih baik daripada bersungguh-sungguh dalam bidaah)

Bantahan sahabat mengenai bidaah.

Posted by admin di 2 Julai 2008

Bantahan sahabat mengenai bidaah.

Kata Abdullah bin Mas’ud ra.:

“Kamu ikutlah -pimpinan- Nabi, dan janganlah kamu berbuat bidaah kerana sesungguhnya telah cukup baginya.”

“Sederhana di dalam sunnah itu lebih baik daripada bersungguh-sungguh dalam bidaah.”

“Wahai manusia, sesungguhnya kamu akan mengada-adakan (urusan) dan akan diada-adakan bagi kamu, maka apabila kamu melihat barang yang diada-adakan hendaklah kamu berpegang (mengingat) urusan yang pertama di masa Nabi s.a.w.”

Al-Imam al-Darimi meriwayatkan bantahan Abdullah bin Mas’ud terhadap bid’ah kumpulan yang berzikir pada zamannya:

Daripada ‘Amr bin Salamah katanya: “Satu ketika kami duduk di pintu Abdullah bin Mas’ud sebelum solat subuh. Apabila dia keluar, kami akan berjalan bersamanya ke masjid. Tiba-tiba datang kepada kami Abu Musa al-Asy‘ari, lalu bertanya: “Apakah Abu ‘Abd al-Rahman (Abdullah bin Mas’ud) telah keluar kepada kamu?”. Kami jawab: “Tidak!”. Maka dia duduk bersama kami sehingga Abdullah bin Mas‘ud keluar. Apabila dia keluar, kami semua bangun kepadanya. Lalu Abu Musa al-Asy‘ari berkata kepadanya: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman (Abdullah bin Mas’ud) , aku telah melihat di masjid tadi satu perkara yang aku tidak bersetuju, tetapi aku tidak lihat –alhamduliLah- melainkan ianya baik”. Dia bertanya: “Apakah dia?”. Kata Abu Musa: “Jika umur kamu panjang engkau akan melihatnya. Aku melihat satu puak, mereka duduk dalam lingkungan (halaqah) menunggu solat. Bagi setiap lingkungan (halaqah) ada seorang lelaki (ketua kumpulan), sementara di tangan mereka yang lain ada anak-anak batu. Apabila lelaki itu berkata : Takbir seratus kali, mereka pun bertakbir seratus kali. Apabila dia berkata: Tahlil seratus kali, mereka pun bertahlil seratus kali. Apabila dia berkata: Tasbih seratus kali, mereka pun bertasbih seratus kali”. Tanya Abdullah bin Mas’ud: “Apa yang telah kau katakan kepada mereka?”. Jawabnya: “Aku tidak kata kepada mereka apa-apa kerana menanti pandangan dan perintahmu”. Kata Abdullah bin Mas’ud: “Mengapa engkau tidak menyuruh mereka mengira dosa mereka dan engkau jaminkan bahawa pahala mereka tidak akan hilang sedikit pun”. Lalu dia berjalan, kami pun berjalan bersamanya. Sehinggalah dia tiba kepada salah satu daripada lingkungan berkenaan. Dia berdiri lantas berkata: “Apa yang aku lihat kamu sedang lakukan in?”. Jawab mereka: “Wahai Abu ‘Abd al-Rahman! Batu yang dengannya kami menghitung takbir, tahlil dan tasbih”. Jawabnya: “Hitunglah dosa-dosa kamu, aku jamin pahala-pahala kamu tidak hilang sedikit pun. Celaka kamu wahai umat Muhammad! Alangkah cepat kemusnahan kamu. Para sahabat Nabi masih lagi ramai, baju baginda belum lagi buruk dan bekas makanan dan minuman baginda pun belum lagi pecah. Demi yang jiwaku berada di tanganNya , apakah kamu berada di atas agama yang lebih mendapat petunjuk daripada agama Muhammad, atau sebenarnya kamu semua pembuka pintu kesesatan ?!!. Jawab mereka : “Demi Allah wahai Abu ‘Abd al-Rahman, kami hanya bertujuan baik. Jawabnya : “Betapa ramai yang bertujuan baik, tetapi tidak menepatinya”. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah menceritakan kepada kami satu kaum yang membaca al-Quran namun tidak lebih dari kerongkong mereka. Demi Allah aku tidak tahu, barangkali kebanyakan mereka dari kalangan kamu”. Kemudian beliau pergi. Kata ‘Amr bin Salamah: “Kami melihat kebanyakan puak tersebut bersama Khawarij memerangi kami pada hari Nahrawan”.

Kata Abdullah bin Abbas ra.:

“Hendaklah kamu berpegang teguh dengan takwa kepada Allah dan tetaplah kamu ikut dan janganlah kamu berbuat bidaah.”

“Sesungguhnya perkara-perkara yang paling dibenci Allah itu ialah bidaah-bidaah dalam urusan agama dan sesungguhnya daripada urusan bidaah itu ialah iktikaf di dalam masjid-masjid yang dibuat di dalam rumah-rumah.”

Kata Hudzaifah ra.

“Tiap-tiap ibadah yang tidak dikerjakan oleh sahabat, maka janganlah kamu kerjakan.”

“Tiap-tiap ibadah yang tidak beribadah dengan dia para sahabat Rasulullah s.a.w.,maka janganlah kamu beribadah dengannya.”

Kata Abdullah bin Umar ra.

“Tiap-tiap bidaah itu sesat meskipun manusia memandangnya baik.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: