Bidaah/bid’ah/bidah/antibidaah

Bidaah/bid’ah/bidah/antibidaah (Sederhana dalam ibadah lebih baik daripada bersungguh-sungguh dalam bidaah)

Bantahan imam mazhab

Bantahan imam mazhab

Kata imam Malik bin Anas:

“Barangsiapa mengada-adakan satu bidaah di dalam Islam yang ia memandang bidaah itu hasanah, maka sesungguhnya ia telah menyangka bahawa Muhammad telah berkhianat akan risalah Tuhan, kerana sesungguhnya Allah berfirman: “Pada hari ini Aku telah menyempurnakan bagi kamu agama kamu.” Maka, apa-apa yang tidak menjadi agama pada hari itu, tidaklah menjadi agama pada hari ini.”

Pada suatu hari imam Malik didatangi seseorang lelaki yang kemudian bertanya tentang tempat berihram haji, katanya: “Dari mana aku berihram?” Imam Malik berkata: “Dari miqat yang telah ditentukan oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda telah berihram daripadanya, maka dari itu hendaklah engkau berihram daripadanya.” Lelaki itu berkata: “Jika aku berihram dari tempat yang lebih jauh daripadanya, apakah salahnya?” Imam Malik berkata: “Saya tidak memandang baik yang demikian itu, bahkan saya benci.” Lelaki itu bertanya lagi: “Mengapa tuan benci yang demikian itu?” Beliau menjawab: “Saya benci kepadamu bahawa kamu membuat fitnah.” Lelaki tadi berkata pula: “Apakah fitnah dalam menambah kebaikan?” Imam Malik berkata: “Kerana Allah telah berfirman: “Hendaklah berhati-hati orang yang menyalahi perintah Rasul bahawa akan menimpa pada mereka fitnah atau akan ditimpa mereka itu oleh azab yang pedih.” Maka, apakah dan manakah fitnah yang lebih besar daripada kamu dengan menentukan satu kelebihan yang tidak ditentukan oleh Rasul s.a.w.?”

Pada suatu ketika, Imam Malik ditanya orang tentang membaca Qul huwallahu Ahad (surah Al-Ikhlas) beberapa kali dalam satu rakaat (semasa solat), maka beliau menyatakan kebenciannya terhadap hal itu dan berkata:

“Yang demikian itu daripada perkara-perkara yang diada-adakan, yang telah mereka ada-adakan.”

Kata imam As-Syafie:

Bidaah itu terbahagi dua, bidaah mahmudah dan bidaah mazmumah. Sesuatu yang diada-adakan yang sesuai dengan sunnah maka itulah bidaah mahmudah dan sesuatu yang diada-adakan yang menyalahi sunnah, maka itulah bidaah mazmumah. Atau: Segala sesuatu yang diada-adakan dengan berdalil, maka itulah bidaah yang tidak tercela.

Bidaah mahmudah menurut As-Syafie bermaksud bidaah dari segi lughat atau bahasa sama dengan perkataan Umar “Sebaik-baik bidaah adalah ini.” Ini bermaksud menghidupkan sunnah dan sesuatu yang sesuai dengan sunnah. Manakala bidaah mazmumah itu adalah dari segi syarak yang dilarang bertujuan untuk beribadah.

Antara bukti al-Imam al-Syafie tidak maksud bidaah dalam ibadah itu bidaah mahmudah ialah bantahan beliau terhadap sentiasa berzikir kuat selepas solat yang dianggap bidaah hasanah oleh sesetengah pihak. Ketika mengulas hadis Ibnu Abbas:

“Sesungguhnya mengangkat suara dengan zikir setelah orang ramai selesai solat fardhu berlaku pada zaman Nabi s.a.w”.

Kata al-Imam al-Syafie dalam kitab utamanya al-Umm:

“Pendapatku untuk imam dan makmum hendaklah mereka berzikir selepas selesai solat. Hendaklah mereka mensenyapkan zikir, kecuali jika imam mahu dipelajari daripadanya (bacaan-bacaan zikir), maka ketika itu dijelaskan zikir. Sehingga apabila didapati telah dipelajari daripadanya. Maka selepas itu hendaklah dia perlahankan”

Adapun mengenai hadith Ibnu Abbas di atas al-Imam al-Syafie menjelaskan seperti berikut:

“Aku berpendapat baginda menjelaskan suara (zikir) hanya seketika. Untuk orang ramai mempelajarinya daripada baginda. Ini kerana kebanyakan riwayat yang telah kami tulis bersama ini, atau selainnya tidak menyebut selepas salam tahlil dan takbir. Kadang-kala riwayat menyebut baginda berzikir selepas solat seperti yang aku nyatakan, kadang-kala disebut baginda pergi tanpa zikir. Ummu Salamah pula menyebut duduk baginda (selepas solat) tetapi tidak menyebut baginda zikir secara terang. Aku berpendapat baginda tidak duduk melainkan untuk berzikir secara tidak terang. Jika seseorang berkata: Seperti apa?. Aku katakan: Seperti baginda pernah bersolat di atas mimbar, yang mana baginda berdiri dan rukuk di atasnya, kemudian baginda undur ke belakang untuk sujud di atas tanah. Kebanyakan umur baginda, baginda tidak solat di atasnya. Tetapi aku berpendapat baginda mahu agar sesiapa yang jauh yang tidak melihat baginda mengetahui bagaimana berdiri (dalam solat), rukuk dan bangun (dari rukuk). Baginda ingin mengajar mereka keluasan dalam itu semua. Aku suka sekiranya imam berzikir nama Allah di tempat duduknya sedikit dengan kadar yang seketika selepas kaum wanita pergi. Ini seperti apa yang Ummu Salamah katakan. Kemudian imam boleh bangun. Jika dia bangun sebelum itu, atau duduk lebih lama dari itu, tidak mengapa. Makmum pula boleh pergi setelah imam selesai memberi salam, sebelum imam bangun. Jika dia lewatkan sehingga imam pergi, atau bersama imam, itu lebih aku sukai untuknya.”

Nyata sekali al-Imam al-Syafe tidak menamakan ini sebagai bidaah hasanah, sebaliknya beliau berusaha agar kita semua kekal dengan bentuk asal yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. Kalaulah maksud bidaah mahmudah yang disebut olehnya merangkumi perkara baru dalam cara beribadah yang dianggap baik, sudah tentu al-Imam al-Syafie akan memasukkan zikir kuat selepas solat dalam bidaah mahmudah. Dengan itu beliau tentu beliau tidak berusaha menafikannya. Ternyata bukan itu yang dimaksudkan oleh beliau.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: